KEISTIMEWAAN
PUASA DAN BULAN RAMADHAN
Saudara
Pendengar Sekelian,
Setiap
orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira
apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan
Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan
yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu
Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas
bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja
yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa
besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
yang bererti:
Apabila
masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup
pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.
Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan
bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian
dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan
yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.
1.
Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa
agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan
dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam
yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung
dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara
sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan
ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.
2.
Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa
dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat baginda.
3.
Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan
dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan
taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan
hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala
rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
4.
Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan
kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi
kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah
s.w.t.
Bulan
puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu
yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk
akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan
dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri
dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.
Maka
oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan
hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang
baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kita
hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal
yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam
benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak
akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya
semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita
hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan
dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka
berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah
kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat
berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna
cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang
atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan
jiwa.
Kita
hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan
itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah
S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
Daripada
hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka
menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.
Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w.
sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan,
bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada
mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya
dari azab api neraka.
Rasulullah
s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya:
Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati,
Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan
dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu
semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada
seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada
malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Terkadang-kadang
Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
Telah
datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat
datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa
segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang
datang itu dengan seberapa baik.
Daripada
hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-
1.
Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh
dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap
muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al
Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang
hari atau dimalamnya.
Bulan
Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang
menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan
yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking